Sunday, January 30, 2011

MULANYA DI SINI

Aku menulis blog ini hanya untuk luahkan apa yang aku rasa. Mungkin inilah yang akan aku lakukan bila kebosanan. Sebelum ini aku sudah ada blog yang lain tapi semuanya sudah aku sembunyikan atas sebab-sebab tertentu. Hanya sesetengah kawan yang boleh aku percayai boleh membacanya.

***

Sudah berhari-hari aku tak berjumpa dengan dia. Katanya asyik sibuk saja. Mungkin ini yang harus aku fahami tentang dia. Aku memang boleh terima alasan dia bila dia sibuk bekerja tapi aku bagaikan tak boleh terima alasan dia bila dia tidak mahu jumpa aku apabila dia tidak sibuk. Pelik la. Hanya cintaku padanya saja yang menguatkan akalku untuk faham tentang dia. Aku tersangatlah rindukan dia. Kadang-kadang aku menitiskan air mata bila melihat gambarku dengannya. Mungkin aku terlalu rindu.

***

Adikku di kampung sudah berulang-ulang kali mengajak aku pulang padahal aku ada tujuan yang kukuh untuk aku tinggal di sini. Tapi aku juga kasihan padanya. Apa boleh buat, adikku harus berpijak di atas kakinya sendiri.