Saturday, May 26, 2012

hari ini, semalam dn hari-hari sebelumnya dalam sejarahku..

dah lame jugak tak tulis nie.. nak mulekan dari mane ea.. hmmmm..

***

aku baru beli gitar. yg murah je. utk suke-suke. dah lame pun nak beli tapi tak kesampaian hingga ade seorang kawan yg kongsi minat denganku utk beli same. makin membuak buaklah daku utk belajar. buku tak beli lagi. belajar sendiri je sudah.


***

baru balik keje tadi aku tengok satu kemalangan jalan raye. macam dah biase kerete langgar bontot kerete. nasib baik tak kene sebab selalu jugak aku masuk lorong laju tu. tapi ari nie rase macam tak nak je. selalu bile balik keje jalan tu lapang je tapi ari nie sesak pulak. sedang aku merungut dalam kesesakan jalan raye muncul la kereta mayvi putih yg laju di lorong sebelah kanan membreak kecemasan dan melanggar belakang kereta honda. nasib baik depan kereta honda tu tak kena sbb kereta honda tu bagi jarak yang selamat. memang nak cari nahas. malang memang tak berbau. mungkin la ada bau minyak yang bocor. lalu aku meneruskan perjalanan tanpa berhenti. dengan rasa penuh bersyukur nasib baiklah tak kene.

***

kagum dengan diri sendiri sebab dapat bertahan selama 5 bulan tanpa beri komitmen pada cinta. memang sangat syok jadi single. pergi mana-mana atau dengan siapa tak orang pun akan kesah. nak berkawan dengan siapa dan balik malam tanpa diganggu. bile ade orang lelaki macam bagi hint tapi tak pulak masuk line. tanye ke. takkan la nak cakap ngorat la saye. siape yang berani jom la capel. kite buat 3 temijanji dulu.
no heart feeling.. kihkih. gurau je.

***

kite masuk bab parti pulak. umur dah 22 tahun dan memang layak untuk mengundi walaupun tak daftar sebagai pengundi lagi. seperti biasa sebagai salah satu penyokong bersih saya akan sokong parti yang adil dan saksama. memang sebagai pemimpin yang tidak adil akan dipersoalkan kelak. tengok sajelah media cetak atau elektronik, semuanye berat sebelah. itu tersangatlah menunjukkan parti itu sangatlah berat sebelah. lalu diriku pun berfikir jika mahukan imbuhan perlulah menyokong. adekah itu dinamakan rasuah?. 

aku sangat kagum dengan negeri kelantan. walaupun tidak dilahirkan di negeri itu. pemimpin yang bijak boleh dilihat bila dia dapat memimpin keluarganya ke jalan yang benar. mulakan dengan bertudung dan menutup aurat. barulah pemimpin negara islam akan dikagumi. kalau pergi dekat kelantan rasa macam tak ada apa-apa je tapi sangatlah aman. pemimpinnya menyeru rakyatnya memakai tudung. saye pernak dengar ceramah ustaz azhar idrus, "buatlah sesuatu kebaikan dengan terpaksa, lama-lama akan jadi iklas". lebih kurang macam tulah bunyinya. macam mana saye nak ikut pemimpin yang tak dapat memimpin keluarganya. saye tak mahu mention pada siapa-siapa atau parti mana-mana sebab takut kena pulak tindakkan undang-undang. ini cuma pendapat diri sendiri saje. maaf jika ada yang tak menyokong saya.

***

p/s : dah penat menulis utk hari ini.. tulisan selepas titik tu tak automatic besar ke. adoyaiii. inilah akibatnye dah lame tak menulis blog. malas nak tukar. maaflah..